Pembahagian Harta Pusaka Bagi Orang Asli Bukit Lanjan

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan;

Pembahagian harta pusaka bagi Orang Asli Bukit Lanjan menggunakan kaedah sistem faraid sebagai asas. Walau bagaimanapun waris diberi pilihan sama ada mahu mengguna pakai keputusan yang telah dibuat atau membuat pembahagian sama rata iaitu mengikut sistem adat mereka.

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pembahagian Harta Pusaka Bagi Orang Asli Bukit Lanjan

Buka imbasan penuh Muat turun