Bahagian Maktabah

Fungsi Utama Bahagian Maktabah

  1. Memastikan koleksi perpustakaan sentiasa ditingkatkan. Koleksi perpustakaan adalah terdiri daripada kitab-kitab, buku-buku terjemahan, kertas kerja seminar, artikel, majalah, keratan akhbar dan sumber multimedia (video dan CD).
  2. Memastikan penyediaan prasarana dan infrastruktur Teknologi Maklumat jabatan dengan lancar.
  3. Merancang dan melaksanakan strategi penyebaran maklumat kepada masyarakat umum melalui media elektronik atau laman sesawang dan media sosial jabatan.
  4. Merancang dan mengendalikan latihan dan kursus peningkatan kemahiran ICT bagi pegawai dan kakitangan.
  5. Menyelaras soal jawab agama melalui emel jabatan.
  6. Menyelaras rakaman semua perkara berkaitan aktiviti rasmi anjuran jabatan dalam bentuk video dan dimuatkan di dalam laman sesawang jabatan.
  7. Mengurus bahan-bahan untuk penerbitan dan percetakan seperti Kitab Matla’ al-Badrain, buletin jabatan, risalah, majalah dan jurnal termasuk isu-isu semasa yang diputuskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor.