Objektif

Hala tuju utama Jabatan Mufti Negeri Selangor dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab jabatan.

  1. Mengeluarkan fatwa dan menjawab kemusykilan hukum syarak

    Dengan tepat dan berhikmah bagi membantu serta menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri, dalam tempoh yang ditetapkan oleh Piagam Pelanggan.

  2. Mewartakan fatwa

    Yang telah diputuskan supaya keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mempunyai kuat kuasa dan mudah dirujuk oleh awam.

  3. Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal dan takwim waktu solat

    Serta menjalankan penyelidikan dan pendidikan ilmu falak.

  4. Memberi khidmat nasihat akidah, syariah dan akhlak Islamiyyah

    Kepada individu, agensi dan masyarakat.

  5. Menyebarluaskan pendidikan fatwa kepada masyarakat secara berhikmah

    Supaya keputusan yang dikeluarkan difahami, bukan sekadar diketahui.

  6. Membangun dan memperkasa sumber rujukan dan maklumat hukum syarak

    Melalui maktabah jabatan sebagai rujukan pegawai dan orang awam.

  7. Memperkukuh tadbir urus jabatan

    — pentadbiran, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat — bagi menyokong penyampaian perkhidmatan yang berkualiti.