Fungsi

  1. Membantu dan menasihati D.Y.M.M. Sultan dan Kerajaan Negeri dalam perkara yang berkaitan hal ehwal hukum syara’.
  2. Mengkaji dan mengeluarkan fatwa terhadap isu yang memerlukan penjelasan hukum syara’.
  3. Menentukan dan mengesahkan arah kiblat, cerapan hilal, takwim jadual waktu solat dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan falak.
  4. Memberi khidmat nasihat dan perkhidmatan dalam hal-hal berkaitan Aqidah, Syari’ah dan Akhlak Islamiyyah.
  5. Mengurus dan mentadbir semua perkara yang berkaitan dengan pentadbiran, perkhidmatan, kewangan, pembangunan modal insan dan teknologi maklumat Jabatan.
  6. Menjalankan penyelidikan dalam pembangunan fatwa.
  7. Pewartaan fatwa.
  8. Menjelaskan dan menjalankan pendidikan fatwa kepada masyarakat dengan berhikmah.
  9. Menjalankan kajian dan penyelidikan berkaitan pembangunan ilmu falak.
  10. Menjalankan khidmat nasihat Hukum Syara’ dan Aqidah.
  11. Membangun, mengurus dan memajukan sumber maklumat dan hal ehwal hukum syara’.
  12. Mengurus dan membangun sumber manusia.