Bahagian Khidmat Pengurusan

Fungsi Utama bahagian Khidmat Pengurusan

  1. Merancang, melaras, dan melaksanakan pengurusan dan tatacara aset alih dan stor kerajaan di Jabatan.
  2. Merancang dan melaksanakan perolehan kerajaan yang merangkumi sebut harga dijalankan bagi keperluan kakitangan di Jabatan.
  3. Merancang dan melaksanakan program integriti bagi memastikan budaya integriti, pemantauan dan tadbir urus dapat diterapkan di jabatan dengan lebih berkala dan berkesan.
  4. Merancang, menguruskan, dan melaksakan pengurusan kewangan merangkumi pembayaran baucar, tuntutan, gaji, belanjawan dan hasil berada di tahap yang baik dan mengikuti segala pekeliling semasa.
  5. Merancang dan melaksanakan pengurusan Sumber Manusia yang merangkumi keperluan latihan, penjawatan, dan HRMIS.
  6. Melaksana dan menguruskan pengurusan kenderaan jabatan bagi keperluan kakitangan yang merangkumi penggunaan dan kemalangan.
  7. Melaksana dan menguruskan hal-hal pentadbiran dijalanka dengan baik dan efisien bagi keperluan sokongan kepada kakitangan Jabatan.