Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 16 Jun 2003 telah memutuskan:
Adalah harus membina sebuah Sekolah Agama Rakyat Dua Tingkat dan Empat Unit Rumah Kakitangan 2 Tingkat, di atas Lot 9337, Taman Greenwood, Daerah Gombak kerana ianya bukan Tanah Wakaf dan sebahagian tanah yang lain adalah pemberian daripada pemaju. Segala kos pembinaan adalah ditanggung oleh pihak masjid.
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

