Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali ke 6/2005 yang bersidang pada 15 November 2005 telah memutuskan bahawa:
Menulis dan menerbitkan bahan-bahan yang mengandungi ayat-ayat alQuran, hadith beserta pandangan-pandangan agama lain (Cina, Buddha, Hindu, Sikh dan Kristian) adalah dilarang kecuali pandangan Islam dan ayat-ayat al-Quran serta hadith diasingkan daripada agama lain dan agama Islam perlu mendominasikan keseluruhan penerbitan tersebut.
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

