Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar 1442H bersamaan 28 September 2020 mengambil maklum dan menerima:
Pencapaian prestasi pelaburan PNB sehingga 30 Ogos 2020, di mana kesemua pelaburan patuh Syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah & hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) oleh PNB adalah pada tahap 74.9% dan dijangka mencapai 75% berakhir 31 Disember 2020.
Bertarikh 28 September 2020
(MJKFNS. BIL. 4/2020)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

