Pandangan Hukum Syarak Perkahwinan Pasangan Yang Berjauhan Dari Wali Melebihi Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-6/2019 yang bersidang pada 6 Rabi’ul Akhir 1441H / 3 Disember 2019 memutuskan:

Perkahwinan yang dilakukan oleh jurunikah yang diiktiraf oleh pihak berkuasa bagi pasangan yang berjauhan dari wali lebih dari dua marhalah adalah sah menurut mazhab al-Syafie.

Bertarikh 3 Disember 2019

(MJKFNS. BIL.6/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pandangan Hukum Syarak Perkahwinan Pasangan Yang Berjauhan Dari Wali Melebihi Dua Marhalah Mengikut Mazhab Al-Syafie

Buka imbasan penuh Muat turun