Pandangan Hukum Syarak Penyambungan Tempoh Pengambilan Keuntungan Simpanan Tetap Islamik Di Perbadanan Wakaf Selangor

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2019 yang bersidang pada 5 Zulhijjah 1440H / 6 Ogos 2019 memutuskan:

a) Penyambungan tempoh pengambilan keuntungan Simpanan Tetap Islamik Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas sebanyak 80 peratus (80%) ke akaun Korporat PWS atau Manfaat Wakaf PWS; dan

b) Tempoh penyambungan pengambilan keuntungan simpanan tetap Islamik daripada Kumpulan Wang Wakaf iaitu Wakaf Am, Wakaf Tunai dan Wakaf Khas adalah selama tiga (3) tahun bermula dari 1 Januari 2020.

c) Pihak Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) hendaklah mengemukakan laporan perincian perolehan dan perbelanjaan kepada Ahli Jawatankuasa Fatwa setiap enam (6) bulan.

Bertarikh 6 Ogos 2019

(MJKFNS. BIL.4/2019)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pandangan Hukum Syarak Penyambungan Tempoh Pengambilan Keuntungan Simpanan Tetap Islamik Di Perbadanan Wakaf Selangor

Buka imbasan penuh Muat turun