Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2019 yang bersidang pada 28 Syawwal 1440H bersamaan 2 Julai 2019 memutuskan:
(1) Status Zakat Bagi Pemilikan Ekuiti (Syarikat) Yang Digadaikan:
PLC wajib mengeluarkan zakat perniagaan (kaedah modal kerja/ modal berkembang), walaupun seluruh saham/ ekuiti pegangan pemilik substantial telah digadaikan, selagi mana harta itu masih menjadi milik sempurna (الملك التام).
(2) Akaun Rezab Perkhidmatan Hutang (Debt Service Reserve Account/ DSRA)
Wang Debt Service Reserve Account (DSRA) tidak dikenakan zakat kerana bukan milik sempurna (الملك الناقص). Manakala Roll-Over Fixed Deposit (ROFD) diwajibkan zakat kerana ia adalah milik sempurna (الملك التام).
Bertarikh 2 Julai 2019
(MJKFNS. BIL.3/2019)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

