Pandangan Hukum Syarak Pelaksanaan Kadar Had Al-Kifayah Baharu Negeri Selangor Tahun 2018

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-1/2018 yang bersidang pada 13 Mac 2018 bersamaan 25 Jumada al-Akhirah 1439H memutuskan bahawa:

Kadar baharu had al-kifayah Negeri Selangor tahun 2018 bagi isi rumah berjumlah 6 orang ialah RM2,475.00 sebulan untuk rumah berbayar dan RM2,145.00 sebulan untuk rumah tidak berbayar sebagai asas dalam menilai dan menentukan asnaf fakir miskin;

Manakala, kadar baharu penolakan keperluan asas bagi pengeluar zakat pendapatan di Negeri Selangor untuk isi rumah berjumlah seramai 6 orang adalah RM30,100.00.

Lembaga Zakat Selangor hendaklah melaksanakan kajian semula had al-kifayah yang baharu untuk dilaksanakan bagi tahun 2019 dan seterusnya.

Bertarikh 13 Mac 2018

(MJKFNS. BIL.1/2018)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pandangan Hukum Syarak Pelaksanaan Kadar Had Al-Kifayah Baharu Negeri Selangor Tahun 2018

Buka imbasan penuh Muat turun