Bengkel Semakan Buku Taysir Al-Khallaq

𝐁𝐄𝐍𝐆𝐊𝐄𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐊𝐔 𝐓𝐀𝐘𝐒𝐈𝐑 𝐀𝐋-𝐊𝐇𝐀𝐋𝐋𝐀𝐐

13 Mei 2026 – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah mengadakan Bengkel Semakan Buku Taysir al-Khallaq bertempat di Bilik Mesyuarat Haji Mohd Yusof, Jabatan Mufti Negeri Selangor. 

Bengkel ini melibatkan penyertaan pegawai penyelidik Jabatan Mufti Negeri Selangor serta kolaborasi bersama Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Program ini dilaksanakan di bawah seliaan Dr. Mohd Syukri bin Zainal Abidin bersama Ustaz Muhammad Alif bin Norizan.

Penganjuran bengkel ini bertujuan menyemak kandungan serta memperkukuhkan aspek ilmiah dan kefahaman terhadap kitab Taysir al-Khallaq sebagai rujukan dalam bidang pengajian Islam. Selain itu, bengkel ini turut menjadi platform perbincangan akademik serta perkongsian pandangan antara pihak Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dalam usaha memperkasakan penyelidikan dan pembangunan ilmu Islam.

Unit Komunikasi KorporatJabatan Mufti Negeri Selangor