Hukum Berkaitan Aqad Saham Wakaf Yang Dibuat Melalui “Web-Site” Akan Dihantar Melalui Pos Dan Hukum Harta Yang Diperolehi Disebabkan Kematian Boleh Dianggap Harta Pusaka Atau Tidak

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;

Harus dan sah aqad saham wakaf yang dibuat melalui “web-site” atau dihantar melalui pos tanpa lafaz Qabul oleh pihak menerima wakaf dalam satu majlis, manakala wang pampasan yang diperolehi disebabkan kematian atau seperti duit insuran nyawa, khairat kematian dan sebagainya adalah dikira harta faraid dan hendaklah dibahagikan mengikut sistem faraid.

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Hukum Berkaitan Aqad Saham Wakaf Yang Dibuat Melalui “Web-Site” Akan Dihantar Melalui Pos Dan Hukum Harta Yang Diperolehi Disebabkan Kematian Boleh Dianggap Harta Pusaka Atau Tidak

Buka imbasan penuh Muat turun