Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh/ Rehat Di Tanah Perkuburan

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang diadakan pada 19 Februari 2002 telah memutuskan bahawa adalah:

Harus membina binaan bangunan tempat berteduh / rehat kepada penziarah kubur dan setor kecil bagi menyimpan peralatan menggali kubur di Tanah Wakaf Perkuburan. Walau bagaimanapun pembinaan tersebut tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i. Di tempat-tempat bersesuaian ii. Tidak menjadi gangguan kepada kubur-kubur sedia ada di tanah perkuburan iii. Kegunaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kubur semata-mata.

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Hukum Binaan Bangunan Tempat Berteduh/ Rehat Di Tanah Perkuburan

Buka imbasan penuh Muat turun