Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor telah memutuskan bahawa;
Wajib mengebumikan jenazah mengadap kiblat kerana memuliakan jenazah. Tetapi bagi kubur lama yang salah kiblat yang diyakini mayatnya sudah reput maka tidak perlu dialihkan lagi sepertimana yang berlaku di Tanah Perkuburan Lembah Berdarah Kuala Selangor.
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

