Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-4/2020 yang bersidang pada 10 Safar 1442H bersamaan 28 September 2020 memutuskan bahawa:
Satu kertas kerja berkaitan Penggunaan Duit Tabung Masjid/ Surau perlu dibentangkan semula dengan mengambil perhatian kepada perkara-perkara berikut;
a) Mewajibkan pihak Masjid/ Surau untuk merancang perbelanjaan dengan menyediakan belanjawan tahunan.
b) Menyediakan peratusan penggunaan bagi setiap perincian.
c) Menyenaraikan setiap aktiviti-aktiviti Masjid/ Surau mengikut perincincian.
d) Menekankan bahawa perkara yang tidak disebutkan di dalam perincian tersebut adalah dilarang kecuali dengan kebenaran MAIS.
** Rujuk Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-3/2020 yang bersidang pada 28 Zulhijjah 1441H bersamaan 18 Ogos 2020 (adalah berkaitan)**
Bertarikh 28 September 2020
(MJKFNS. BIL. 4/2020)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

