Pandangan Hukum Syarak; Penggunaan Kriteria Baharu Imkanur Rukyah Bagi Penentuan Awal Bulan Hijrah Dalam Kalendar Hijrah Di Malaysia

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-2/2021 yang bersidang pada 25 Rajab 1442H bersamaan 9 Mac 2021  memutuskan bahawa;

Perubahan nilai Kriteria Imkanur Rukyah yang baharu iaitu ketika matahari terbenam ketinggian bulan tidak kurang dari 3° dan jarak lengkung Bulan Matahri (elongasi) tidak kurang dari 6.4° dan bersetuju untuk pelaksanaannya pada tahun 2021 (Muharram 1443H) selaras dengan keputusan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Kali Ke-44.

Bertarikh 9 Mac 2021

(MJKFNS. BIL.2/2021)

DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa

Negeri Selangor

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pandangan Hukum Syarak; Penggunaan Kriteria Baharu Imkanur Rukyah Bagi Penentuan Awal Bulan Hijrah Dalam Kalendar Hijrah Di Malaysia

Buka imbasan penuh Muat turun