Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor Kali Ke-5/2018 yang bersidang pada 9 Oktober 2018 bersamaan 29 Muharram 1440H mengambil maklum:
Sehingga Jun 2018, kesemua pelaburan patuh Syariah (ekuiti, pasaran wang, hartanah & hospitaliti dan sekuriti berpendapatan tetap) adalah pada tahap 72%.
(1) Perumpukan aset pada kos (asset allocation at cost) di dalam ekuiti yang patuh Syariah meningkat dari 66% pada Disember 2016 kepada 68% pada Jun 2018.
(2) Peratusan Patuh Syariah 100% untuk pasaran wang telah dicapai pada Mei 2018.
(3) PNB juga mensasarkan untuk meningkatkan penempatan sekuriti berpendapatan tetap patuh Syariah secepat mungkin.
Bertarikh 9 Oktober 2018
(MJKFNS. BIL.5/2018)
DATO’ SETIA HAJI MOHD TAMYES BIN ABD. WAHID
Pengerusi Jawatankuasa Fatwa
Negeri Selangor
Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

