Pengharaman Kaset Santana Dalam Lagu “Put Your Light On”

Tidak Diwartakan

Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor yang telah diadakan pada 23 Julai 2002 telah memutuskan bahawa: Mengekalkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang lalu bertarikh 19 Februari 2002 iaitu mengharamkan kaset SANTANA dalam lagu “Put On Your Light” kerana ; i. Lirik lagunya mencampur adukkan Kalimah Syahadah dengan senikata yang tidak bersesuaian dengan kesucian kalimah tersebut; ii. Menurunkan taraf kalimah syahadah setaraf dengan lagu-lagu; iii. Senikata lagu ini mengelirukan dan mengandungi unsur-unsur Kristian; iv. Irama lagunya tidak sesuai dengan irama keislaman. *Nota; Keputusan ini berkaitan dengan keputusan CD KASET MENGHINA ISLAM dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perunding Hukum Syara’ (FATWA) Negeri Selangor Bil.1/2002 pada 19 Februari 2002.

Dokumen imbasan. Fatwa ini diterbitkan sebagai imbasan warta kerajaan. Teksnya belum ditaip semula, jadi kandungan penuh tidak boleh dicari atau disalin. 1 halaman.

  1. Imbasan halaman 1 daripada 1 — Pengharaman Kaset Santana Dalam Lagu “Put Your Light On”

Buka imbasan penuh Muat turun