Pemilihan bulan Muharram sebagai bulan pertama dalam Takwim Hijrah adalah kerana ia merupakan bulan bermulanya keazaman untuk berhijrah selepas peristiwa Bai‘ah al-‘Aqabah. Selain itu, bulan Muharram juga merupakan waktu kepulangan para jemaah haji serta termasuk dalam bulan-bulan haram yang dimuliakan dalam Islam.
Sehingga kini, Takwim Hijrah kekal digunakan dalam urusan keagamaan umat Islam serta melambangkan identiti umat Islam
